Bermula hari ini (16 Mac) Abdul Jalil Abdul Rasheed atau lebih dikenali sebagai Jalil Rasheed kini dilantik selaku Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Corporation Bhd.
Makluman itu telah berkuat kuasa pada hari ini – di mana memperuntukkan Jalil Rasheed bagi membentuk strategi, serta perancangan pembangunan kumpulan Berjaya.
Selain itu, penempatan Jalil akan memperlihatkan pembaharuan pada bahagian struktur korporat. Tidak hanya itu, penglibatan Jalil juga turut merangkumi pengaturan bahagian kewangan serta pengurusan pentadbiran korporat.
Sudah pasti penglibatan Jalil pada Berjaya akan meningkatkan prestasi kumpulan dalam penyelarasan perniagaan mereka.
Menerusi pengalaman dan penglibatannya pada teras pelaburan serta perniagaan – ini akan memberi kelebihan kepada empayar Berjaya Corp dalam memperkasakan operasi perniagaan.