Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini telah mula berkongsi info awal berkaitan dengan Pengeluaran Khas sehingga RM10,000 yang diumumkan oleh Perdana Menteri.
Menurut KWSP, Pengeluaran Khas ini terbuka kepada ahli yang berumur dibawah 55 tahun, dan boleh mengeluarkan amaun antara sebanyak RM50 ke RM10,000.
Pengeluaran ini akan tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2, dan sekiranya tidak mencukupi, simpanan Akaun 1 akan diakses.
KWSP mengatakan permohonan untuk Pengeluaran Khas ini akan dibuka antara 1 April ke 30 April 2022 secara atas-talian. Selanjutnya, pembayaran akan dilakukan bermula 20 April 2022 kelak.
Buat masa ini, ia sekadar informasi awal secara ringkas. KWSP dijangka bakal perinci lagi berkenaan pengeluaran wang ini tidak lama lagi.