Perdana Menteri hari ini telah mengumumkan yang mana kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.
Maklumat lanjut berkaitan dengannya dijangka akan diumumkan tidak lama lagi oleh KWSP dan Kementerian Kewangan.
Sebelum ini, disebabkan oleh Covid-19 dan kekangan pendapatan, kerajaan telah membenarkan orang ramai mengeluarkan wang daripada KWSP untuk beberapa kali.
Namun, disebabkan olehnya, ia turut membawa kesan kepada simpanan dikalangan ahli KWSP untuk simpanan masa tua. Sebelum ini, ia telah diperkatakan sekitar 3.6 juta ahli mempunyai kurang daripada RM1000 dalam akaun.
Perdana Menteri mengatakan kerajaan mendengar, mengkaji, dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP. Justeru disebabkan oleh itu, kerajaa bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.
Perdana menteri turut mengatakan,walaupun kerajaan memberikan kebenaran pengeluaran khas KWSP ini, beliau merayu kepada para pencarum supaya tidak mengeluarkan simpanan jika tiada keperluan mendesak.
Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.
Justeru, Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.
Perincian pengeluaran khas KWSP ini akan dibuat oleh @MOFmalaysia dan @KWSPMalaysia pic.twitter.com/iY4rfVWgFf
— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) March 16, 2022