Artikel

Kerajaan Umum Gaji Minimum Pekerja Tetap GLC, GLIC – Kini RM1,500

Kerajaan kini dilihat mula menetapkan paras gaji minimum RM1,500 sebulan buat pekerja tetap di Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC).

Langkah itu bertepatan untuk mendepani risiko kos sara hidup yang tinggi di Malaysia.

Perkara tersebut telah diumumkan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri pada Hari Terbuka GLC 2022, pada hari ini (11 Mac). Adanya usaha ini, kerajaan mengharapkan tindakan yang sama diikuti syarikat korporat yang lain.

Pentadbiran Malaysia melihat penetapan paras gaji ini wajar dilaksanakan oleh sektor swasta untuk membantu petugas tetap menangani isu pendapatan rendah mereka.

Meskipun telah melakukan langkah penetapan paras gaji minimum itu untuk GLC dan GLIC – akan tetapi untuk peringkat menyeluruh penetapan kadar RM1,500 itu masih dikaji semula. Langkah itu selaras dengan Akta Perundingan Gaji Negara 2011.

Keputusan tersebut di maklumkan Kementerian Sumber Manusia (KSM) masih di fasa semakan dan akan diperincikan sebelum penghujung tahun 2022 ini.