Isu penetapan paras gaji minimum RM1,500 ketika ini terus rancak diperdebatkan oleh semua pihak merangkumi kumpulan pekerja serta majikan.
Menyedari kepentingan pandangan kedua pihak ini, Kementerian Sumber Manusia (KSM) menjelaskan semakan ke atas pelaksanaan itu masih lagi diperingkat kaji semula oleh Kerajaan.
Menurut Menteri KSM, penelitian dan kajian semula sedang dilakukan bersama Akta Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732). Meskipun tiada pelaksanaan rasmi, pihak KSM berbesar hati akan tindakan segelintir firma perniagaan yang telah mula mengorak ke arah penggajian RM1,500.
Antaranya seperti syarikat AEON Co., pada pertengan Februari lalu telah melaksanakan kenaikan gaji ke atas pekerja gred G mereka.
Untuk makluman, setakat ini paras gaji minimum Malaysia adalah RM1,200. Namun ia tertakluk di kawasan Majlis Bandaraya serta Majlis Perbandaran sahaja.
Sementara kawasan lain pula masih di paras RM1,100.
Berdasarkan jangkaan, pelaksanaan RM1,500 ini akan diterapkan sebelum penghujung tahun 2022 ini. Tetapi segala keputusan pelaksanaan masih bergantung kepada persetujuan Jemaah Menteri dari semasa ke semasa.