Artikel

AEON Malaysia Tingkatkan Gaji Minimum Pekerja Kepada RM1,500

AEON Co Bhd dan AEON Big kini telah menguatkuasakan kenaikan gaji minimum pekerja gred G kepada RM1,500, sejak Januari lalu. 

Tindakan ini dilihat selari dengan matlamat negara ke arah kestabilan pengagihan gaji pekerja. Apa yang menarik, penawaran paras minimum ini tidak meliputi pemberian elaun serta insentif tambahan. 

Tindakan positif AEON ini dilihat lebih pantas berbanding cadangan negara untuk menetapkan paras gaji minimum Malaysia pada akhir 2022 kelak.

Setakat ini, AEON memiliki sekitar 13,000 tenaga kerja yang membantu dalam pelbagai segmen operasi negara