Artikel

Uniqlo Batal Niat Teruskan Operasi Di Rusia – Kini 49 Cawangan Ditangguhkan

Uniqlo, firma pakaian milik Jepun kini membatalkan niatnya untuk meneruskan 49 cawangan di Rusia berikutan berdepan pelbagai konflik kelangsungan operasi.

Kenyataan ini sememangnya berbeza dengan apa yang dilontarkan oleh syarikat induknya iaitu Fast Retailing pada awal minggu ini – yang lantang menyuarakan operasi Uniqlo di Rusia tidak akan terjejas dan terus berkhidmat menyalurkan keperluan pakaian kepada penduduknya.

Sebelum ini, Tadashi Yanai, Ketua Pegawai Eksekutif Fast Retailing secara tegas menyuarakan tindakan menutup operasi di Rusia, secara langsung menafikan hak warga Rusia.

Namun atas sebab kesukaran operasi yang semakin meruncing, Uniqlo kini mengambil pendekatan menangguhkan operasi cawangan mereka dan akan terus mengecam tindakan serangan antara Rusia-Ukraine yang telah mengugat kesejahteraan ekonomi dunia.