Artikel

Uniqlo Kekalkan 49 Cawangan Di Rusia – Ingin Terus Salur Keperluan Pakaian Kepada Pengguna

Uniqlo, firma pakaian milik Jepun kini mengekalkan prinsipnya untuk tidak menghentikan 49 cawangan operasi di Rusia. Pihaknya melihat konflik yang berlaku itu tidak wajar menjejaskan khidmat pakaian mereka.

Menurut Tadashi Yanai, Ketua Pegawai Eksekutif Fast Retailing syarikat induk Uniqlo – pakaian adalah suatu elemen keperluan hidup untuk sesebuah masyarakat. Bertindak menutup operasi mereka di Rusia, secara langsung menafikan hak keperluan kepada warga Rusia.

Meskipun Uniqlo memutuskan untuk kekalkan rantaian bekalan pakaian kepada pasaran Rusia, namun pihaknya secara tegas mengecam tindakan serangan yang berlaku antara Rusia-Ukraine. Konflik ini harus dihentikan oleh semua negara, demi kesejahteraan ekonomi global.