Artikel

Pembukaan Semula Sempadan Negara – Cetus Lonjakan Pada Bursa

Bursa Malaysia pada pagi ini (9 Mac) mencatatkan peningkatan aliran, setelah mengalami  kerugian selama 3 hari berturutan. Lonjakan positif ini dicetuskan susulan pengumuman pembukaan semula sempadan negara oleh Perdana Menteri Ismail Sabri, pada 8 Mac lalu.

Data setakat 9.05 pagi menunjukkan indeks utama FBM KLCI naik 4.80 mata kepada 1,551.67 berbanding aras penutup semalam iaitu 1,546.87.

Dalam pasaran yang lebih luas, untung mengatasi kaunter rugi 249 berbanding 85, manakala 218 kaunter tidak berubah, 1,721 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Manakala perolehan dagangan memaparkan jumlah 116.73 juta unit, dengan nilai RM72.52 juta.