Artikel

Malaysia Sedia Ke Arah Endemik, Mulai 1 April Ini – Tiada Lagi Keperluan Vaksinasi Had Kapasiti Pekerja

Malaysia mulai 1 April ini akan mula beralih kepada fasa Endemik COVID-19. Pengumuman itu dikongsikan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri pada sidang media khas hari ini (8 Mac).

Ini perincian pengumuman tersebut;

  • Pemakaian pelitup muka masih wajib
  • Had waktu operasi premis perniagaan akan dimansuhkan – boleh beroperasi mengikut syarat lesen perniagaan. Ini bermakna tiada lagi sekatan had masa operasi kedai makan dan boleh beroperasi 24 jam.
  • Pendaftaran MySejahtera masih diwajibkan untuk tempat tertutup, tidak pada tempat terbuka
  • Aktiviti agama boleh dilaksanakan tanpa perlu penjarakan fizikal – namun keputusan tertakluk kepada Kerajaan Negeri
  • Keperluan vaksinasi had kapasiti pekerja – telah dimansuhkan, ini bermakna setiap perjalanan rentas negeri tidak memerlukan kewajipan vaksin
  • Tiada lagi had kapasiti pengunjung dalam acara sosial
  • Sempadan negara akan dibuka pada 1 April 2022
  • Penerima 2 dos vaksin tidak lagi perlu jalani kuarantin kendiri – hanya perlu menjalani ujian kendiri dalam tempoh 24 jam sebelum/selepas perjalanan

Menerusi penguatkuasaan ini, ia akan membantu Malaysia untuk merancakkan semula pertumbuhan ekonomi, tanpa membebankan sebarang pihak dan rakyat Malaysia.

Pengumuman tersebut menurut PM Ismail telah mendapat kesepakatan bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (SKMM).