Artikel

LEGO Terus Papar Prestasi Kukuh – Jualan Permainan Raih $8.06 Bilion

Ke arah sambutan ke-90 tahun dalam arena permainan – LEGO, penyedia set permainan bata global kini terus menunjukkan peningkatan prestasi yang konsisten – di mana jualan tahun 2021 telah melonjak 27% kepada AS$8.06 bilion.

Ini lebih tinggi berbanding data 2020 yang mencatatkan prestasi jualan di paras AS$6.36 bilion.

LEGO bagaimanapun memiliki jangkaan pertumbuhan pada tahun 2022 bakal kembali kepada paras normal susulan penamatan sekatan perjalanan COVID-19. Tetapi, menerusi medium e-dagang, permintaan set permainan bata ini dijangka akan terus malar dan tidak menurun.

Selain memiliki pretasi tinggi, LEGO kini sedang mempergiatkan penghasilan set permainan berasaskan bahan kitar semula menerusi pelaburan lestari berjumlah AS$400 juta. 

Usaha itu bertujuan melindungi persekitaran dan sosial pengguna permainan. Setakat Ogos 2021, LEGO telah melaksanakan lebih 250 ujian formulasi pengeluaran bata permainan berasaskan bahan kitar semula.

Menurut LEGO, bahan 1 botol plastik berupaya menghasilkan 10 2×4 bata permainan. Para penyelidik mendapati bahawa satu bata Lego dapat menahan 950 lbs. kekuatan, atau berat batu bata 375k di atasnya. Menerusi pelaksanaan ini ia tidak hanya menyokong kelestarian tetapi turut tidak meningkatkan sebarang kos set permainan.

Berdasarkan sasaran pelaksanaan itu akan dijalankan sehingga akhir tahun ini, 2022.