Artikel

Lego Peruntuk Pelaburan Lestari AS$400 Juta – Hasilkan Permainan Berasaskan Bahan Kitar Semula

Tahun lalu, Lego telah mengumumkan perancangan entiti pada pelaburan AS$400 juta sehingga akhir 2022 – untuk mengutamakan penghasilan produk yang lebih lestari pada persekitaran dan sosial.

Tindakan itu meliputi sasaran tidak menggunakan plastik sekali guna pada pembungkusan kotak Lego dan daya ketahanan pembungkusan dapat bertahan sehingga 2025. Sasaran ini adalah antara maklum balas yang diterima oleh pengguna kanak-kanak mereka.

Maka bermula tahun ini, Lego dilihat mulai mempergiatkan penggunaan beg kertas yang boleh dikitar semula dan memperolehi kelulusan Majlis Pemeliharaan Hutan pada percubaan pembungkusan produk.

Terbaharu, Lego bulan lalu telah mulai menampilkan prototaip bata kitar-semula. Penghasilan ini merangkumi penyelidikan ujian lebih 250 formulasi pengeluaran bata permainan berasaskan bahan kitar semula.

Menurut perkongsian Lego, bahan 1 botol plastik berupaya menghasilkan 10 2×4 bata permainan. Para penyelidik mendapati bahawa satu bata Lego dapat menahan 950 lbs. kekuatan, atau berat batu bata 375k di atasnya.

Hasil ujian penyelidikan ini telah meneliti aspek keselamatan dan pengukuhan bata permainan. Usaha ini dilihat mampu menjadi titik kesedaran kepada penghasilan permainan yang lebih lestari, tanpa mengugat kesejahteraan awam atau meningkat kos pada pasaran.