Artikel

Kenanga Raih 6 Pengiktirafan Pada Pengurusan Pelaburan Serantau

Kenanga, terus memperlihatkan prestasi yang membrangsangkan pada medium pengurusan pelaburannya apabila kini berjaya meraih 6 anugerah dari Asia Asset Management, Hong Kong.

Pengiktirafan itu merangkumi kategori, Pengurus Pelaburan Impak Terbaik Malaysia, Pengurus Ekuiti Terbaik Malaysia selama 4 tahun berturutan, Amalan ESG Terbaik (ASEAN) serta Pusat Pelaburan Alternatif Malaysia.

Perolehan ini secara langsung menunjukkan Kenanga kekal kukuh, meskipun berdepan ketidaktentuan dagangan pada 2021. Selaku peneraju pelaburan alternatif dalam pasaran Malaysia, instrumen alternatif Kenanga menawarkan sumber pulangan tambahan yang tidak berkorelasi, selari dengan objektif pelabur. 

Kenanga secara terus akan melanjutkan matlamat mereka untuk merapatkan jurang antara pelabur runcit dengan bentuk produk yang lebih canggih, yang sebelum ini hanya tersedia untuk pelabur institusi atau bertauliah sahaja.

Kepelbagaian akses dijangka akan merancakkan lagi pertumbuhan pasaran pelaburan. Untuk langkah itu, Kenanga baru-baru ini telah melancarkan penasihat Robo, iaitu pelaburan menggunakan kecerdasan buatan (AI).

Melalui usaha ini, ia tidak hanya meningkatkan akses pengguna bahkan menyemarakan lagi arena pelaburan tanpa pengaruh manusia.