Artikel

Kenanga Lancar Penasihat Robo – Pelaburan Menggunakan AI

Kenanga Investment Bank Berhad, kini melancarkan medium pelaburan bersama sokongan teknologi kecerdasan buatan (AI) – iaitu Kenanga Digital Investing (KDI) penasihat robo (roboadvisory) untuk kemudahan akses labur kepada para pengguna.

Menerusi pemacuan AI, ini akan merancakkan lagi portfolio arena pelaburan tanpa pengaruh manusia.

Pelaksanaan KDI ketika ini telah menerima pelesenan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bagi penawaran dua produk iaitu simpanan (KDI Save) dan pelaburan (KD Invest).

Untuk makluman, KDI Save berperanan memboleh pelanggan memiliki pulangan harian atas simpanan mereka tanpa sebarang pengenaan yuran pengurusan dan menawarkan peneraju pasaran 3% kadar faedah tetap sehingga akhir tahun.

Sementara KDI Invest pula memberi akses kepada pelanggan untuk meluaskan aset mereka kepada penerokaan peluang pelaburan global melalui ETF iaitu Dana Dagangan Bursa.

Bagi langkah awal, permulaan pelaburan serendah RM250 kini ditawarkan kepada pelanggan untuk turut serta dalam ekuiti global.

Selain KDI, negara turut memiliki pemain penasihat robo seperti Waheed Invest serta StashAway.