Artikel

Harga Tambang Penerbangan Dijangka Naik – Sekiranya Harga Minyak Terus Tinggi

Pemain industri penerbangan kini menjangkakan, caj tambang perkhidmatan akan alami peningkatan – sekiranya harga minyak dunia terus memaparkan lonjakan.

Langkah menaikkan harga tambang itu, dilihat akan dilakukan oleh Qantas Airways.

Menurut pengendali penerbangan Qatar itu, tindakan menaikkan harga tiket penerbangan adalah wajar, untuk melindungi kos bebanan bahan api yang perlu ditanggung syarikat.

Sebelum ini, Qantas Airways telah menampung 90% nilai keperluan bahan api setakat akhir Jun 2021 dan seterusnya melanjutkan usaha itu di paras 50%. Namun jika situasi kenaikan harga minyak ini terus berlaku – ini memerlukan tindakan kenaikan tambang perkhidmatan.

Sementara bagi industri penerbangan Malaysia – setakat ini hanya, AirAsia telah mula mengenakan surcaj bahan api mulai hari ini (8 Mac), dengan kadar yang berbeza mengikut laluan domesti dan tempoh laluan antrabangsa.;

Surcaj AirAsia Bahan Api

Manakala pemain penerbangan tempatan lain masih tidak memperincikan tindakan harga berhubung situasi semasa.

Maka untuk jangkaan itu, para penumpang negara diminta bersedia akan sebarang kenaikan harga tambang penerbangan yang bakal berlaku dari semasa ke semasa.