Susulan penawaran harga yang lebih berpatutan, dan boleh berhubung secara terus bersama pemilik kediaman – ini menjadikan 68% daripada 1,020 rakyat Malaysia selesa memilih Airbnb sebagai kediaman pensinggahan pelancongan mereka.
Mengikut dapatan, majoriti rakyat Malaysia kini akan memilih medium penginapan sewa jangka pendek ketika melancong di dalam negara. Lebih menarik 62% responden turut akui medium ini berpotensi merancakkan ekonomi Malaysia.
Khususnya pada kediaman yang tidak terjual. Platform Airbnb melihat kesempatan itu boleh digunakan untuk menyelesaikan isu hartanah negara. Sekaligus dapat menjana keuntungan serta meningkatkan aliran perbelanjaan industri.
Antara negeri yang diperlihat pada potensi itu adalah di Pulau Pinang, Johor, Kuala Lumpur dan Selangor.
Sekiranya cadangan itu dipertimbangkan ini akan memberi kepada industri pelancongan dan membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada Malaysia.