Selari dengan matlamat Malaysia ke arah pemulihan, tidak lagi semua titik pintu antarabangsa Malaysia bakal dibuka buat para pelancong luar negara setelah pembukaan semula sempadan dilakukan .
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) pada sidang Parlimen hari ini (7 Mac) menjelaskan tindakan itu akan diumumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, dalam tempoh terdekat.
Menerusi tindakan itu, langkah itu dijangka membolehkan kehadiran pelancong untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri menjelang Mei ini.
Meskipun tidak memperincikan sebarang kaedah pelaksanaan dan negara yang terlibat – untuk makluman MOTAC telah memulakan persediaan menyambut pelancong asing ini sejak Mac 2021 lagi.
Persediaan itu tidak hanya untuk meningkatkan semula pertmbuhan ekonomi Malaysia tetapi untuk memastikan setiap perjalanan tidak mengugat kesejahteraan orang awam.
Malah segala penerapan SOP kelak akan berpaksikan kepada arahan semasa kerajaan berhubung kawalan sekatan dan penilaian risiko bagi kes harian COVID-19 negara.