Artikel

Elon Musk Gesa Dunia Tingkatkan Pengeluaran Minyak, Imbangi Pasaran Tenaga Dunia

Elon Musk, individu disebalik Tesla kini menggesa pengeluar minyak global untuk bertindak langkah luar biasa dengan meningkatkan pengeluaran bahan api fosil.

Saranan itu dapat diperlihat pada ciapan Twitter rasminya menyatakan ini langkah yang baik untuk bertindak dari kebiasaan meskipun tindakan ini memberi kesan kepada Tesla.

Malah semua pihak perlu sedari, tenaga kelestarian tidak berupaya untuk bertindak-balas serta-merta bagi menggantikan eksport minyak dan gas Rusia.

Mengikut laporan, harga minya dunia dijangka akan meningkat paras lebih tinggi pada minggu ini. Sasaran itu berikutan berlaku penangguhan rundingan nuklear serta pulangan minyak mentah Iran ke pasaran dunia yang sedang berdepan sekatan bekalan Rusia.

Susulan peranan Rusia selaku pengeluar minyak ketiga terbesar didunia menjadikan konflik Rusia-Ukraine secara berterusan telah menganggu pasaran tenaga global, mengakibat harga semakin tinggi.

Maka tindakan meningkatkan pengeluaran bahan api ini secara terus dapat mengimbangi semula pasaran tenaga di seluruh dunia. Bagaimanapun tumpuan tersebut tidak diperkasakan Amerika Syarikat (AS), ini secara langsung mendorong kritikan daripada pemerhati ekonomi global.

Buat pengetahuan umum, tidak hanya Elon menggesa langkah itu tetapi negara China kini turut menggandakan permintaannya pada pengeluaran minyak dunia.