Artikel

Konflik Rusia-Ukraine, Cetus Lonjakan 5% Harga Minyak Dunia

Ketegangan antara Rusia dan Ukraine yang semakin rumit, kini telah mempengaruhi paras harga minyak dunia. Di mana telah melonjak 5.4% membawa kepada nilai minyak mentah AS sekitar AS$97.04 setong (RM408.25).

Manakala harga minyak mentah Brent pula turut meningkat dan melepasi AS100 setong iaitu di paras 5.6% kepada AS$102.32 setong. Data ini dicatatkan kali terakhir sejak rekod 2014.

Meskipun konflik tersebut telah meningkatkan kadar harga minyak mentah, ia dilihat masih lagi stabil dan tidak menganggu sebarang faktor pembekalan bahan mentah dunia.

Namun mengikut laporan CNBC – semua pihak perlu bersedia akan sebarang kemungkinan. Ini kerana jika ketegangan tersebut terus berlarutan ia akan mempelbagaikan lagi gangguan bekalan meliputi minyak dan gas. Secara langsung situasi ini akan memberi tekanan dan menjejaskan ekonomi negara Asia dari sudut pengeluaran khususnya.