Selangor tahun lalu, telah mengumumkan negeri ini bakal ke arah pembayaran nirtunai (tanpa tunai) sepenuhnya untuk parkir jalan pada tahun ini, 2022.
Ternyata pelaksanaan tersebut akan mula berkuat kuasa mulai 1 April ini.
Menurut laporan FMT, pelaksanaan ini akan dilakukan di bawah aplikasi Smart Selangor Parking. Maka para penunggang motorsikal dan pemandu kenderaan diingatkan untuk bersedia ke arah penerapan nirtunai ini.
Selain itu, secara langsung penawaran kad pembayaran melalui kupon, mesin layan diri akan ditamatkan pada akhir 31 Mac ini.
Ini bermakna setelah tarikh itu, segala pembayaran akan dilakukan dengan kaedah nirtunai sahaja.
Lebih menarik, Selangor juga akan memperkenalkan Zon 2 Jam bagi tempat letak kenderaan untuk kawasan komersial yang sibuk kepada pengguna kenderaan. Ia bermakna, setelah tempoh 2 jam tamat, pengguna yang berkaitan perlu mengalihkan kenderaan mereka dari zon tersebut.
Langkah ini membantu mengurangkan kesesakan kenderaan dan memberi ruang kepada peletakan kenderaan yang lain.
Setakat ini, lebih 2 juta penunggang motorsikal telah mula berdaftar pada aplikasi. Kementerian negeri Selangor secara terus mengalukan tindakan penyertaan lebih ramai dari warga penduduk negeri.
Buat pengetahuan umum, pelaksanaan ini akan dilakukan di seluruh Selangor kecuali Sabak Bernam dan Hulu Selangor sahaja.