Artikel

Selangor Ke Arah Pembayaran Parkir Jalan Nirtunai Sepenuhnya Pada 2022

Selangor kini dilihat akan beralih ke bentuk pembayaran parkir tepi jalan dalam bentuk nirtunai sahaja bermula Januari 2022 kelak.

Dengan langkah ini, penawaran kad pembayaran kupon, serta pembayaran menggunakan mesin layan diri akan ditamatkan pada 31 Disember 2021. Selepas tarikh itu, semua pembayaran akan memfokuskan secara nirtunai sahaja.

Selangor dilihat akan menggunakan aplikasi Smart Selangor Parking untuk tujuan berkenaan.

Dengan langkah ini, ia dijangka akan memudahkan lagi pihak berkuasa dan juga pengguna dalam berurusan melibatkan parkir jalan di Selangor.

Sebelum ini, pada tahun lepas, DBKL turut telah melakukan perkara sama, dan beralih ke arah nirtunai sepenuhnya.