Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini telah memaklumkan yang mana kaedah pembayaran secara mesin untuk tempat letak kereta di Kuala Lumpur akan ditamatkan bermula hari ini, 30 September 2020.
DBKL akan hanya menerima pembayaran tempat letak kereta menggunakan aplikasi sahaja bermula 1 Oktober 2020 ini.
Pengguna boleh menggunakan sejumlah aplikasi untuk tujuan ini, termasuk aplikasi EZ Smart Park, Flexiparking, Wilayah Parking atau M-Cash.
DBKL turut mengatakan sedang membangunkan integrasi dengan Boost dan Touch n Go eWallet untuk tujuan pemmbayaran tempat letak kereta, dan dijangka diperkenalkan tidak lama lagi.