Artikel

BNM Memutuskan OPR Masih Kekal – Di Paras 1.75%

BNM, Bank Negara Malaysia pada Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada hari ini (3 Mac) mengambil pendekatan untuk terus kekalkan paras Kadar Dasar Semalaman (OPR) di tahap 1.75%.

Tindakan ini mengambil pelbagai faktor yang sedang berlaku di negara dan ekonomi global. Seperti umum sedari – meskipun ekonomi negara ke arah pemulihan, namun konflik antara Rusia-Ukraine telah muncul sebagai risiko utama  terhadap prospek pertumbuhan dunia.

Ini merangkumi kesan ke atas perdagangan, harga komoditi dan situasi pasaran kewangan semasa.

Tatkala negara masih berjuang untuk wabak COVID-19, pertimbangan berhubung konflik perdagangan telah membawa BNM meneliti kembali pelarasan dasar monetari oleh ekonomi utama.

Untuk itu, langkah ini dilihat wajar dan bertepatan untuk rakyat Malaysia menghadapi persekitaran ekonomi yang mencabar. Berdasarkan jangkaan, 2022 akan memperlihatkan Malaysia dipacu dengan perkembangan permintaan global, perbelanjaan sektor swasta lebih tinggi serta pasaran pekerjaan semakin bertambah-baik.

Sementara mengikut sasaran antarabangsa – Malaysia dinyatakan kelak bakal meningkatkan paras OPR sehingga mencapai 2.25% pada akhir tahun ini. Menerusi jangkaan itu, BNM tidak memberi perincian lanjut, buat masa ini fokus masih terarah kepada pemulihan dan kebajikan rakyat negara.