Pertengahan Februari lalu, negeri Sarawak telah memaklumkan akan berlakunya penggantian terma Ketua Menteri kepada Premier.
Mengikut laporan, berkuat kuasa hari ini (1 Mac) gelaran tersebut akan digunapakai oleh kementerian negeri tersebut. Tindakan itu telah diperkukuhkan oleh kenyataan Setiausaha kerajaan negeri Amar Jaul Samion.
Tidak hanya gelaran Ketua Menteri sahaja alami perubahan, penamaan pejabat Ketua Menteri Sarawak turut akan dikenali sebagai Pejabat Premier Sarawak.
Aturan yang sama turut digunapakai pada jawatan Timbalan Ketua Menteri Sarawak.
Buat pengetahuan umum, perubahan ini adalah selaras dengan pindaan perlembagaan Sarawak yang telah menerima kelulusan oleh 67 adun negeri pada 15 Februari lalu.
Langkah pertukaran ini difahamkan adalah untuk menggambarkan status Sarawak yang berbeza dengan negeri-negeri lain dalam Persekutuan.