Artikel

Sarawak Ganti Penggunaan Terma “Ketua Menteri” Kepada “Premier”

Kerajaan negeri Sarawak kini telah meluluskan rang undang-undang, yang menggantikan penggunaan terma Ketua Menteri kepada Premier.

Perubahan ini dilakukan dalam menggambarkan status Sarawak yang berbeza dengan negeri-negeri lain dalam Persekutuan – sekaligus mengubah penggunaan nama Ketua Menteri kepada Premier.

Ia dikatakan yang mana wilayah Komanwel lain turut mengamalkan perkara lebih kurang sama – dimana Ketua Persekutuan disebut Perdana Menteri, sementara Ketua Wilayah yang membentuk Persekutuan pula disebut “Premier”, dan diikuti negeri lain diketuai Ketua Menteri.

Cadangan perubahan ini telah diluluskan selepas mendapat sokongan seramai 67 Adun di Sarawak.