Artikel

CIMB Alami Kerugian Sekitar RM280 Juta – Susulan Kesilapan Pembayaran Akaun Pengguna

CIMB Group, kini menyimpulkan mengalami kerugian kredit mencecah RM280.9 juta ($67 juta) pada tahun 2021 – susulan kesilapan pemprosesan mereka berhubung lebihan dana yang didepositkan ke dalam ribuan akaun pengguna.

Bagi mengimbangi ketirisan itu, perbankan ini berkemungkinan menggunakan jumlah peruntukan akhir dan lebih rendah pada suku pertama 2022. Bagaimanapun ia masih tertakluk kepada tahap pemulihan status prestasi perbankan tersebut.

Setakat 2021, CIMB telah mencatatkan pendapatan bersih sekitar RM4.3 bilion – ia adalah hasil yang lebih stabil sejak data 2019 direkodkan.

Mengikut laporan Bloomberg, isu yang tercetus disebabkan kesilapan pemprosesan ini ia membabitkan khidmat kiriman wang pihak ketiga. Pihaknya pada pertengahan Februari lalu telah menegaskan akan mencapai penyelesaian isu lebihan dana bersama pengguna berkaitan.

Setakat ini, proses pembuktian serta dokumentasi berhubung isu kredit duplikasi itu masih dijalankan secara berperingkat, dianggarkan sekitar 11,000 akaun pengguna terlibat.

CIMB terdahulu kekal beri jaminan pihaknya tidak membeku sebarang dana, ia sekadar menahan lebihan dana yang terlibat. Bagi pelaksanaan itu, Bank Negara Malaysia (BNM) memberi jaminan pemantauan secara berterusan dilakukan ke atas CIMB untuk penyelesaian menyeluruh dapat dicapai.