Artikel

Farm Fresh Umum Penyenaraian Di Bursa Malaysia – Sasar Raih RM1 Bilion

Farm Fresh Bhd, setelah memberi gambaran awal pada pertengahan Februari lalu untuk disenaraikan pada papan Bursa Malaysia Securities – kini matlamat tersebut berjaya dicapai pada hari ini (28 Februari).

Firma tenusu tempatan itu kini memiliki sokongan pelabur asas dengan 30 firma pengurusan aset tempatan dan serantau yang terdiri daripada AIA, Pengurusan Aset JP Morgan, KWSP – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan VP Hong Kong.

Berdasarkan perancangan, Farm Fresh kini menyasarkan raih RM1 bilion ($238.10 juta) daripada tawaran permulaan awam (IPO). Selepas tarikh penyenaraian pada 22 Mac kelak – syarikat ini dijangka mencapai nilai modal pasaran sekitar RM2.5 bilion.

Untuk makluman, cadangan IPO tersebut akan membabitkan penjualan 743.18 juta saham biasa, meliputi 22.95 juta saham baharu, sementara 520.23 juta pula adalah saham yang telah tersedia. Bagi pihak yang memiliki minat segmen IPO tersebut boleh memohon mulai hari ini sehingga 8 Mac kelak.

Sementara berhubung tindakan lanjutan lain, RM301 juta daripada hasil IPO dilaporkan akan diperuntukan pada hab pembuatan, ladang tenusu serta kemudahan tenusu cawangan mereka.

Langkah syarikat di bawah Khazanah Nasional ini merangkumi sekitar 5 ladang tenusu mereka di seluruh negara serta 1 ladang tenusu luar negara di Australia.