Artikel

Farm Fresh Atur Langkah Ke Bursa Malaysia, Suku Pertama 2022

Farm Fresh Bhd, kini dijangka merealisasikan hasrat mereka sejak 2019 lagi untuk disenaraikan pada papan utama Bursa Malaysia Securities pada suku pertama tahun ini, 2022. Aturan itu setelah firma mencapai kesepakatan taja jamin bersempena tawaran permulaan awam (IPO) di pasaran utama Bursa.

Taja jamin – persetujuan atau tindakan menjamin membeli atau menyerap semua terbitan saham yang tidak dapat dijual kepada pihak berkaitan dengan harga yang dipersetujui.

Buat pengetahuan umum, firma tenusu tempatan yang menguasai 18% pasaran negara ini telah melaksanakan perjanjian taja jamin bersama – CIMB Investment, Maybank Investment, Affin Hwang Investment, AmInvestment, Hong Leong Investment dan RHB Investment.

Sasaran IPO ini berdasarkan draf yang dimuatkan pada portal SC – Suruhanjaya Sekuriti memaparkan cadangan IPO tersebut akan membabitkan penjualan 743.18 juta saham biasa, meliputi 22.95 juta saham baharu, sementara 520.23 juta pula adalah saham yang telah tersedia.

Setakat ini, syarikat di bawah Khazanah Nasional ini telah menguasahakan 5 ladang tenusu di seluruh negara serta 1 ladang tenusu luar negara di Australia.