Perihal ini menjadikan Farm Fresh Sdn Bhd sebagai syarikat pengeluar tenusu pertama negara yang disenaraikan pada Bursa Malaysia.
Menurut Azmi Zainal, Ketua Pegawai Operasi mengatakan, pihak mereka berada pada fasa melengkapkan permohonan penyenaraian dan bakal menerbitkan tawaran awam permulaan (IPO).
Mereka turut menjangkakan IPO ini akan diterbitkan pada November 2020 kelak.
Manakala dari aspek jualan pula, Farm Fresh sudah memenuhi segala kriteria dan ramai pihak telah meminta Farm Fresh menerbitkan IPO.
Menjelang 2020 pihaknya menjangkakan untuk mencapai RM380 juta jualan dengan 20 hingga 25 peratus disumbangkan daripada segmen usahawan Farm Fresh.
Malah, dua padang baharu Farm Fresh di Pahang dan Perak turut akan dibuka pada tahun hadapan.
Pada ketika ini mereka memiliki empat ladang di Malaysia dan tiga di Australia, di mana ladang Malaysia sahaja sudah mampu menghasilkan kira-kira 20 juta liter susu setahun.
Farm Fresh turut memperuntukan perbelanjaan modal (capex) berjumlah RM80 juta pada tahun hadapan bagi menampung permintaan pengeluaran susu mentah yang semakin meningkat.