Artikel

TM Sasar Miliki 30% Penyertaan Wanita Dalam Lembaga Pengarah – Bagi Tahun 2022

TM, Telekom Malaysia kini memaklumkan akan memiliki sekurang-kurangnya 30% lantikan wanita di dalam jawatankuasa lembaga syarikatnya.

Tindakan itu bakal dicapai pada tahun ini, 2022.

Kenyataan tersebut telah dikongsikan pada sidang media laporan tahunan kewangan – di mana TM melihat langkah tersebut adalah sejajar dengan saranan Kerajaan Malaysia pada pembentangan Belanjawan 2022 bagi 29 Oktober tahun lalu.

Berdasarkan saranan pentadbiran negara melalui Suruhanjaya Sekuriti – telah mewajibkan semua syarikat senaraian awam perlu melaksanakan pelantikan sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita bagi jawatankuasa lembaga.

Untuk makluman, setakat data November 2021 – terdapat 252 syarikat -syarikat tersenarai di Bursa Malaysia (27%) masih lagi tidak menempatkan sebarang komposisi pengarah wanita.

Bagi tujuan itu, TM menyahut saranan kerajaan untuk memperkasakan kedudukan wanita pada tampuk kempimpinan utama syarikat.