Artikel

Kerajaan Gesa Syarikat Senaraian Awam – Lantik Sekurang-Kurangnya Seorang Pengarah Wanita, Mulai 2022

Penyertaan wanita dalam struktur ekonomi harus terus diperkasakan dan diperkukuhkan, seperti yang sedia maklum ketika ini 25% wanita di Malaysia telah memegang komposisi ahli lembaga pengarah untuk 100 syarikat awam utama.

Bagaiamanpun, masih terdapat 252 syarikat-syarikat tersenarai di Bursa Malaysia (27%) masih lagi tidak menempatkan sebarang komposisi pengarah wanita.

Maka untuk meningkatkan lagi peranan wanita – Kerajaan Malaysia pada pembentangan Belanjawan 2022 kini memaklumkan langkah mewajibkan lantikan wanita pada syarikat senaraian awam akan dilakukan kelak.

Di mana – kerajaan melalui Suruhanjaya Sekuriti (SC) akan mewajibkan pelantikan sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita bagi semua syarikat senaraian awam.

Langkah tersebut akan berkuat kuasa mulai 1 September 2022 untuk syarikat bermodal besar, manakala 1 Jun 2023 pada syarikat tersenarai lain.