Artikel

Penduduk Malaysia Dilaporkan Akan Berkurangan – Menjelang 2072

Sekiranya penurunan kadar kesuburan keseluruhan terus berlaku, ini akan mengundang kepada pengurangan penduduk Malaysia mulai tahun 2072.

TFR ialah indikator demografi yang digunakan untuk menganggarkan purata bilangan anak yang perlu dilahirkan oleh seorang perempuan selama tempoh reproduktifnya (15 tahun-49 tahun).

Makluman ini telah dikongsikan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) merujuk kepada Kajian Semula Dasar Kependudukan Negara: Pelan Tindakan Ke Arah Pembangunan Lestari 2030 yang dijalankan LPPKN pada 2017. 

Di mana mengikut laporan, penduduk akan berkurangan kepada 46.08 juta orang pada 2072 dan kekal berkurang sehingga mencecah 44.58 juta orang pada tahun 2100 kelak. 

Maka untuk mengatasi isu tersebut, terdapat beberapa perkara perlu diteliti semula oleh Malaysia- meliputi faktor pekerjaan, gaya hidup, pemakanan, serta tekanan tanggungjawab ekonomi individu. 

Berdasarkan pemerhatian global, tidak hanya Malaysia bahkan beberapa negara lain turut alami risiko kesuburan seperti nisbah kelahiran untuk setiap wanita Thailand (1.5), Singapura (1.4) dan Jepun (1.4).

Setakat data 2020, Malaysia memaparkan kadar kesuburan wanita bagi tahun 2020 adalah terendah dengan 1.7 anak bagi setiap 1,000 wanita berbanding 1.8 anak pada data 2019.

Manakala, bagi perincian mengikut negeri pula Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur – tampil selaku negeri yang memiliki kadar kesuburan wanita yang rendah berbanding paras negeri lain.