ShopBack, salah satu perkhidmatan yang menawarkan pulangan tunai untuk pembelian secara atas-talian, termasuk seperti Foodpanda, Lazada dan sebagainya. Terbaru, ia dilaporkan ShopBack dalam perbincangan untuk meraih sebanyak $150 juta daripada para pelabur.
Dana baharu ini dijangka akan digunakan untuk memperluaskan lagi perkhidmatan mereka, dan sekiranya berjaya, ia akan menilaikan syarikat berkenaan sekitar $1 bilion.
Buat masa ini, ShopBack beroperasi sekitar 10 negara, dan turut telah mengambil-alih perkhidmatan bayar nanti, Hoolah.
Dengan arena edagang terus berkembang di rantau Asia Tenggara, ia dilihat ShopBack mempunyai potensi yang tinggi lagi dalam memperluaskan pegangan pasaran mereka.