Shopback, salah satu syarikat yang sedia terkenal dengan penawaran pulangan wang kembali untuk pembelian, kini mengumumkan telah mengambil-alih Hoolah, iaitu syarikat yang memfokuskan kepada perkhidmatan beli dulu, bayar kemudian.
Kedua-dua syarikat berpusat di Singaura, da selepas penngambil-aliha ini, Hoolah akan kekal beroperasi dibawah jenama sedia ada.
Pada masa yang sama, untuk Shopback, sejumlah ciri baharu yang akan diintegrasikan hasil pengambil-alihan ini, sekaligus memudahkan lagi urusan jual-beli untuk pengguna mereka.
Shopback kini mengatakan mempunyai lebih 250,000 pembeli, dan ditawarkan di sekitar 2000 peruncit di Singapura, Malaysia dan juga Hong Kong.