Public Bank, kini membenarkan pembayaran rentas sempadan DuitNow QR berlaku antara Malaysia bersama Indonesia dan Thailand di bawah khidmat mereka.
Langkah ini bertepatan dengan agenda bank pusat, Bank Negara Malaysia (BNM) untuk meningkatkan aliran tunai serta akses kewangan di pasaran antarabangsa.
Menurut kenyataan Public Bank – khidmat ini akan membolehkan pengguna untuk memiliki akses kewangan ketika berada di luar negara. Di mana akses urus-niaga ini dapat digunakan melalui aplikasi mudah alih perbankan iaitu PB engage.
Ini secara langsung turut membantu warga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk meningkatkan kecekapan penerimaan bayaran nirtunai dan menjimatkan kos operasi mereka dari luar. Ia secara langsung turut membuka ruang kepada PKS negara, meneroka peluang yang lebih luas dalam urus-niaga di rantau Asean.