Memahami manfaat teknologi, Malaysia dan Thailand kini melancarkan penggunaan jalinan Pembayaran QR Rentas Sempadan, dengan menghubungkan sistem pembayaran runcit masa nyata RPP/DuitNow di Malaysia dan PromptPay di Thailand.
Menerusi kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini (18 Jun), pelan tersebut merangkumi penerapan 3 fasa. Bagi fasa pertama, pengguna di Thailand kini boleh menggunakan aplikasi pembayaran mudah alih mereka dengan mengimbas kos DuitNow QR untuk melakukan transaksi.
Ini termasuklah transaksi e-dagang secara dalam talian. Melalui usaha ini, ia dapat memberi manfaat kepada kedua-dua negara, setelah perjalanan antarabangsa dibenarkan.
Sementara itu, bagi fasa kedua – pengguna di Malaysia pula boleh menggunakan aplikasi pembayaran mudah aliih untuk mengimbas kod QR Thailand – untuk transaksi peniaga di Thailand. Fasa kedua ini dijangka dapat dilaksanakan pada suku keempat tahun ini.
Adanya kerjasama ini, ia dapat menjadi pendorong kepada pemulihan dan pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara. Di samping dapat memastikan segala aliran tunai berjalan dengan lancar, tanpa mengugat kesihatan negara.