Artikel

600,000 Peluang Pekerjaan Bakal Tersedia, Bantu Malaysia Atasi Pengangguran

Pekerjaan sememangnya faktor asas untuk ekonomi sesebuah negara kembali pulih semula. Menyedari kepentingan itu, Malaysia kelak akan meningkatkan peluang pekerjaan pada tahun ini bagi mengatasi isu pengangguran.

Tengku Zafrul, Menteri Kewangan negara memaklumkan pelaksanaan perluasan peluang pekerjaan akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri pada 19 Februari kelak pada Karnival Kerjaya JaminKerja.

Usaha di bawah JaminKerja itu akan memperlihatkan penawaran 600,000 peluang pekerjaan, ini turut merangkumi lanjutan Mystep iaitu kontrak pekerjaan bagi jangka pendek sekitar 80,000 peluang pekerjaan pada tahun ini kepada rakyat negara.

Buat pengetahuan umum, penyediaan peluang ekonomi ini melibatkan peruntukan bernilai RM4.8 bilion di bawah Belanjawan 2022.

Setakat akhir tahun lalu, Malaysia telah berjaya mencatatkan penurunan kadar pengangguran pada Disember kepada 4.2% berbanding 4.3% bagi data November 2021.