Artikel

Kerajaan Ingin Mewujudkan Sekurang-Kurangnya 600,000 Peluang Pekerjaan Baharu Pada 2022

Perdana Menteri Malaysia kini mengumumkan kerajaan akan merancakkan aktiviti pemulihan ekonomi pada 2022 dengan pelaksanaan pelbagai inisiatif yang telah diumumkan dalam dokumen RMK-12 dan juga Belanjawan 2022 sebelum ini.

Dalam usaha pemulihan ekonomi juga, kerajaan mengatakan pada tahun 2022 ini, sekurang-kurangnya 600,000 peluang pekerjaan baharu akan diwujudkan.

Disamping itu, pemulihan segera kepada sektor Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana turut akan diberikan perhatian.

Malaysia dijangka akan kembali ke landasan pada tahun 2022 ini dalam usaha menetapkan kembali pelan ekonomi negara jangka masa panjang – termasuk dalam pemerkasaan ekonomi digital.