Artikel

PM : Bazar Ramadan Akan Dibenarkan Tahun Ini, SOP Baharu Bakal Diumumkan

Perdana Menteri kini menyatakan tiada sebarang halangan untuk aktiviti ekonomi akan dilakukan pada tahun ini. Selari dengannya, bazar Ramadan dijangka akan dibenarkan beroperasi di seluruh negara tanpa halangan.

Apa pun, SOP baharu yang lebih baik untuk bulan Ramadan dijangka bakal diumumkan tidak lama lagi. Dengan peningkatan kes harian, pelbagai perkara menjadi tanda tanya, dan ramai peniaga kembali was-was berkenaan aktiviti ekonomi.

Sebelum ini, ia telah dikongsikan yang mana bazar Ramadan bakal dibenarkan beroperasi di Wilayah Persekutuan, dan kini PM turut mengesahkan ia bakal dibenarkan beroperasi di seluruh negara.