Artikel

Operasi Bazar Ramadan Dijangka Dibenarkan Di Seluruh Wilayah Persekutuan

Menteri Wilayah Persekutuan, kini menyatakan yang mana operasi bazar Ramadan di seluruh Wilayah Persekutuan menjelang bulan Ramadan kelak adalah dibenarkan – tetapi mengikut SOP yang ditetapkan.

Lesen operasi akan diberikan kepada individu, sekaligus membolehkan para peniaga mendaftar dalam mendapatkan lesen, seterusnya membuka operasi ketika bulan puasa kelak. Buat masa ini, info lanjut berkenaan dengannya mmasih tidak diketahui lagi. Bulan Ramadan tahun ini dijangka bermula 2 April 2022 kelak.

Sebelum ini, pada tahun lepas operasi bazar ramadan hanya dibenarkan di beberapa lokasi secara terhad, dengan SOP yang ketat disebabkan angka kes penularan Covid-19 yang meningkat naik ketika itu. Pada hari ini, dengan penggunaan vaksin, orang ramai lebih terlindung, walaupun masih memperlihatkan angka kes meningkat naik disebabkan gelombang Omicron.