Artikel

Tempoh Had Jawatan Perdana Menteri, Mula Dibentang Kepada Ahli Parlimen

Kini pentadbiran negara telah membentangkan ketetapan dasar berhubung Pengehadan Tempoh Jawatan Perdana Menteri serta peruntukan Anti Lompat Parti kepada ahli Parlimen.

Pembentangan itu merangkumi sesi libat urus bersama ahli parlimen Dewan Rakyat serta Dewan Negara untuk perolehi maklum-balas serta pandangan mereka berhubung cadangan peruntukan.

Menteri Parlimen dan Undang-Undang, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan tindakan itu telah mula dibahaskan sejak akhir Januari lalu di bawah sidang Jawatankuasa Teknikal Transformasi dan Kestabilan Politik.

Untuk makluman, tempoh jawatan Perdana Menteri dicadangkan selama hanya tempoh 2 penggal sahaja atau maksimum 5 tahun sahaja.

Berdasarkan laporan, lanjutan maklum-balas itu akan terus dilaksanakan bersama Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang serta Jabatan Peguam Negara bersama semua pihak pentadbiran bagi mencapai kesepakatan berhubung dasar dan perundangan yang diusulkan.

Buat pengetahuan umum, isu had tempoh ini telah mula dibahaskan pada akhir 2019 ketika Tun Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri, kini tindakan tersebut mula dibentangkan pada Parlimen.