Artikel

Carousell Dilaporkan Ingin Mengambil-Alih Salah Satu Portal Memfokuskan Hartanah

Carousell merupakan salah satu aplikasi yang tidak asing lagi dalam jual-beli barangan terpakai, selain iklaneka dan sebagainya. Carousell pada hari ini turut meliputi perkhidmatan Mudah.my, dan turut telah mengambil-alih platform jual-beli kasut sniker.

Terkini, mengikut laporan terbaru, Carousell turut dikatakan sedang melihat untuk mengambil-alih laman memfokuskan iklaneka hartanah, 99.co di Singapura.

99.co kini beroperasi di Singapura dan Indonesia, sekaligus memudahkan penemuan hartanah.

Langkah pengambil-alihan ini dilihat akan mengukuhkan lagi kedudukan Carousell dalam penemuan dan carian, sekaligus membentuk antara laman iklaneka terbesar di rantau Asia Tenggara.