Artikel

Carousell Mengambil-Alih Platform Jual-Beli Kasut Sniker, OxStreet

Carousell sedia terkenal dengan penawaran aplikasi yang memudahkan pengguna jual-beli barangan mereka sesama pengguna lain dengan mudah. Selain aplikasi Carousell, syarikat disebaliknya juga turut mengoperasikan laman iklaneka Mudah.my, dan beberapa perkhidmatan lain.

Terbaru, dalam terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena jual-beli, Carousell telah mengambil-alih OxStreet yang berpusat di Singapura.

OxStreet memfokuskan pengguna yang inginkan barangan mewah dan berfesyen terkini – dalam arena kasut sniker. Pengambil-alihannya dilihat akan terus memperluaskan portfolio Carousell, dan mempelbagaikan lagi latar belakang pengguna mereka.

Pihak Carousell dan OxWhite tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan nilai transaksi untuk pengambil-alihan ini. Ox White akan kekal beroperasi dibawah jenama mereka seperti biasa buat masa ini.