Artikel

Majikan Patut Bersedia Dengan Kenaikkan Gaji Minimum – Isu Beban Tidak Sepatutnya Timbul

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengatakan yang mana para majikan sewajarnya telah bersedia untuk berdepan dengan kenaikan gaji minimum. Hal ini adalah kerana semakan dijadualkan dilakukan sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun.

Isu kenaikkan gaji membebankan tidak sepatutnya timbul, kerana majikan boleh melakukan anggaran dan andaikan kenaikan lebih awal, sekaligus telah bersedia untuk melaksanakan kenaikan gaji.

Kali terakhir gaji minimum ditetapkan kepada RM1200 adalah 2020, dan semakan dijangka dilakukan pada tahun 2022 ini kepada RM1500.

Sebelum ini, MEF telah mengatakan gaji minimum RM1500 akan menjejaskan pemulihan ekonomi dan ia mungkin membawa kepada perniagaan ditutup kerana tidak bersedia dengan kenaikkan berkenaan.