Artikel

MEF : Gaji Minimum RM1500 Akan Jejas Pemulihan Ekonomi, Perniagaan Mungkin Ditutup

Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) kini mengatakan yang mana cadangan pelaksanaan gaji minimum baharu RM1,500 akan menjejaskan pemulihan ekonomi.

Presiden MEF mengatakan majoriti perniagaan Malaysia tidak bersedia dan tidak daapat melaksanakan cadangan gaji minimum baharu kerana masih belum mencapai kestabilan ekonomi pasca Covid-19.

Pada masa yang sama, sekiranya ia dilaksanakan, ia akan menyebabkan kos perniagaan meningkat, dan mungkin ada perniagaan yang perlu ditutup.

Disamping itu, kenaikkan gaji minimum ke RM1500 akan membuatkan kos barangan dan perkhidmatan meningkat, selain kos operasi yang meningkat. Ia turut dikatakan pekerja dengan gaji semasa lebih tinggi daripada gaji minimumm boleh hilang semangat sekiranya tiada pelarasan gaji.

Komen ini hadir daripada MEF selaras dengan laporan mengatakan kadar gaji minimum bahari dijangka ditetapkan sebelum penghujung tahun 2022 ini. Pada hari ini, gaji minimum ditetapkan pada RM1200 sebulan.