Bagi memacu pertumbuhan operasi – Hershey, jenama coklat global kini memaklumkan tahun 2022 adalah tahun mereka meningkatkan harga jualan produk demi kelangsungan operasi.
Langkah ini secara langsung bakal mempengaruhi jualan harga bersama rakan rantaian mereka yang menggunakan produk Hershey, antaranya seperti Burger King dan McDonalds.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Hershey Michele Buck, aturan ini bertepatan untuk syarikat mengimbangi paras kos bahan dan tenaga kerja yang semakin tinggi. Buat pengetahuan umum harga barangan runcit sejak tahun lalu telah mula meningkat sehingga 6.5%.
Ia merangkumi harga pasaran gula, tenusu, dan bahan pembungkusan.
Selain Hershey, tinjauan IRI – firma penyelidikan pasaran Chicago turut mendapati harga jenama gergasi yang lain juga meningkat seperti Kraft Heinz meningkatkan harga keju, General Mills dan Campbell Soup turut menaikkan harga makanan, diikuti Starbucks dan McDonalds juga telah melaksanakan kenaikan harga pada paparan menu mereka.
Meskipun, makluman ini diumumkan – cawangan rantaian makanan yang menggunakan produk Hershey di Malaysia setakat ini masih tidak memberi sebarang maklum-balas akan sebarang potensi kenaikan harga.