Grab, platform superapp di Asia Tenggara kini secara rasminya telah menyelesaikan pengambil-alihan pegangan majoriti pada Jaya Grocer Holdings Sdn Bhd pada hari ini (31 Januari).
Menerusi perkongsian emel bersama Rnggt, Grab memaklumkan kedua-dua syarikat kini merancang untuk membawakan kemudahan perluasan barangan runcit kepada lebih ramai pengguna di Malaysia. Malah pemerkasaan nirtunai dan kemudahan transaksi juga turut diperluaskan.
Di mana Grab dan Jaya Grocer mengumumkan pelancaran GrabPay dan GrabRewards di semua kedai runcit fizikal Jaya Grocer, ini sekaligus memperluaskan penggunaan agenda nirtunai dalam kalangan pengguna.
Grab melihat permintaan pengguna pada GrabMart terus tinggi, meskipun tempoh sekatan telah ditamatkan negara. Melalui perkongsian ini ia akan mempercepatkan lagi pertumbuhan perniagaan penghantaran barangan runcit Grab dan membuka peluang baharu kepada operasi.
Seperti yang umum ketahui, Grab pada Disember lalu telah mengfailkan di SEC untuk mengambil-alih Jaya Grocer. Seperti yang dirancang Grab mengambil-alih sehingga 75% saham keutamaan. Dan ini akan terus mengukuhkan lagi arena peruncitan Grab pada pasaran serantau.