Artikel

Grab Mengambil-Alih Jaya Grocer – Mengukuhkan Kedudukan Dalam Arena Jual-Beli Barangan Runcit

Grab kini memfailkan di SEC, mengatakan mereka melalui subsidiari khas telah bersetuju untuk mengambil-alih Jaya Grocer Holdings Sdn Bhd.

Melalui perjanjian pengambil-alihan, Grab akan mengambil-alih sehingga 75% saham keutamaan, selain semua saham biasa pada Jaya Grocer.

Jaya Grocer mempunyai sekitar 40 kedai di Semenanjung Malaysia, dan kebanyakkannya terletak di Lembah Klang. Dengan pengambil-alihan ini, Jaya Grocer akan menjadi salah satu subsidiari Grab Holdings Limited.

Langkah pengambil-alihan ini juga dijangka akan terus mengukuhkan kedudukan Grab dalam arena jual-beli barangan runcit, termasuk perkhidmatan GrabMart.