McDonald’s sebelum ini telah menyatakan mereka mengalami masalah bekalan kentang, sekaligus tidak lagi menawarkan menu Large McValue Meal. Selain McDonald’s Malaysia, pihak KFC Malaysia juga dilihat menghadapi masalah bekalan.
Melalui kenyataan yang diberikan kepada Malay Mail, KFC mengatakan disebabkan oleh pandemik Covid-19, ia memberikan kesan terhadap bekalan barangan, sekaligus memberikan impak terhadap operasi mereka. Beberapa menu KFC kini tidak mempunyai stok.
Pada masa yang sama, KFC mengatakan mereka sedang melihaat kepada beberapa altrenatif dalam mengurangkan impak kepada pembeli.
Semakan kami sendiri di salah satu cawangan di Pulau Pinang mendapati KFC tidak menawarkan kentang goreng, dan menukarnya kepada wedges.