Artikel

McDonald’s Malaysia Menghadapi Masalah Bekalan Kentang – Hentikan Sementara Jualan Set Besar

McDonald’s Malaysia kini berkongsi mengatakan mereka kini mempunyai masalah bekalan kentang untuk French Fries. Disebabkan oleh hal ini, McDonalds akan menghentikan jualan set besar Large McValue Meals untuk sementara bermula 24 Januari 2022.

McDonald’s mengatakan perkara ini hanya untuk sementara waktu sahaja, dan akan kembali menawarkan set besar tidak lama lagi.

Sebelum ini, beberapa negara lain turut mengalami masalah had bekalan untuk French Fries, termasuk di Jepun, Kini, nampaknya masalah bekalan berkenaan turut melarat sehingga ke Malaysia.